KPM

Assalamualaikum wbt

Pada 27.12.2018 saya telah menghantar anak mendaftar di Kolej Professional Mara (KPM).Di dalam sessi penerangan pihak kolej menerangkan bahawa banyak kelebihan belajar di sini yang selama ini masih ramai yang tidak tahu.Kelayakan minimum 3 kredit sahaja, dalam tempoh 2 tahun sahaja pelajar sudah layak mendapat Diploma, graduan yg telah tamat tidak perlu membayar balik yuran belajar (tak seperti pinjaman PTPTN), malah pelajar diberi elaun RM300 sebulan,kami diberitahu yang berumur 35 tahun pun layak memohon. Seramai 160 pelajar telah dihantar untuk melanjutkan pengajian ke New Zealand.
Namun pihak kolej agak terkilan kerana dalam lebih kurang 200 tawaran , yang mendaftar tidak mencapai 50 orang pun.Justeru, kami diminta memanjangkan peluang ini kepada anak- anak yang belum melanjutkan pengajian ke mana institusi pengajian tinggi kerana MARA ingin sangat membantu kaum bumiputera, masih dibuka pendaftaran sehingga 4hb Jan 2019.Silalah layari laman web KPM untuk maklumat lebih lanjut .

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s